Ya Allah,Seandainya telah Engkau catatkan, Dia milikku dan tercipta untukku,Satukanlah hatinya dengan hatiku,Titipkanlah kebahagiaan antara kami,Agar kemesraan itu abadi.Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi,Seiringkanlah kami melayari hidup ini,Ketepian sejahtera dan abadi.Tetapi Ya Allah,Seandainye telah engkau takdirkan,Dia bukan milikku,Bawalah dia jauh dari pandanganku,Luputkanlah dia dari ingatanku,Dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mendengar,Berikanlah aku kekuatan,Melontar bayangannya jauh ke dada langit,Hilang bersama senja nan merah,Agarku mampu bahagia,Walaupun tanpa bersamanya.Dan Ya Allah,Gantikanlah yang telah hilang,Tumbuhkanlah kembali yang telah patah,Walaupun tidak sama dengan dirinya.
Ya Allah Ya Tuhanku,Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu,Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan,Adalah yang terbaik buatku,Kerana Engkau adalah sebaik-baik penentu,Kerana Engkaulah Yang Maha Mengetahui,Segala yang terbaik buat hambaMu ini.
Ya Allah,cukuplah Engkau sahaja yang menjadi Pemeliharaku,Di dunia dan di akhirat,Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini,Janganlah Engkau Biarkan aku sendirian,Di dunia ini mahupun di akhirat,Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran,Yang menyebabkan kemurkaanMu,Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,Supaya aku dan dia sama mendapat membina kesejahteraan hidup,Ke jalan yang Engkau redhai,Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.
Amin.
* sama2 kite amalkn doa ini, mudah2an kite akan dipertemukan dengan ssorg yang boleh memimpin kite ke Jalan yang diredahi..Insyaallah..=)
No comments:
Post a Comment