"Life is about trusting your feelings and taking chances, losing and finding happiness, appreciating the memories, n learning from the past"

Tuesday, August 9, 2011

Info Sihat : Gigi Bongsu

Latar belakangWisdom Tooth

Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.


Apakah komplikasi gigi bongsu terimpak?

Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:

  • Kesakitan
  • Jangkitan
  • Kebengkakan
  • Penyakit gusi
  • Nafas berbau
  • Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
  • Kesukaran membuka mulut

Bila anda perlu berjumpa doktor pergigian?

Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:

  • Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
  • Kebengkakan muka
  • Kesukaran untuk menelan
  • Kesukaran membuka mulut
  • Demam

Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?

Dapatkan rawatan secepat mungkin. Anda boleh mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:

  • Makan ubat penahan sakit.
  • Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam.
  • Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
  • Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas.

Rawatan oleh doktor pergigian

Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:

  • Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam).
  • Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).
  • (a) Jika gigi bongsu tidak terimpak :
    - gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi).


(b) Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang :

- gigi perlu dicabut melalui pembedahan.
X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.

." Semua yang diatas telah berlaku pada diri saya... maknanya memang sah gigi bongcu ku nak tumbuh..huuu sakitnye tak terkata.. selagi terdaya aku akan menahan kesakitan ini. If tak baik jugak kena la jumpe doktor gigi pulak.

Pada sesiapa yang kena simptom2 sakit cam yang ditulis kat atas tue baik p jumpe doktor gigi cepat2 k. jangan dibiar lame2. nanti makin teruk pulak..

Gigi bongcuku tumbuh di bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak..Dugaan sungguh!! uwaaaaaaaaaaa~ "

Credit to : Kementerian Kesihatan Malaysia

Utamakan Kesihatan

Sihat Sepanjang Hayat ^_^

No comments:

Post a Comment