"Life is about trusting your feelings and taking chances, losing and finding happiness, appreciating the memories, n learning from the past"

Tuesday, August 9, 2011

Info Sihat : Gigi Bongsu

Latar belakangWisdom Tooth

Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.


Apakah komplikasi gigi bongsu terimpak?

Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:

  • Kesakitan
  • Jangkitan
  • Kebengkakan
  • Penyakit gusi
  • Nafas berbau
  • Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
  • Kesukaran membuka mulut

Bila anda perlu berjumpa doktor pergigian?

Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:

  • Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
  • Kebengkakan muka
  • Kesukaran untuk menelan
  • Kesukaran membuka mulut
  • Demam

Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?

Dapatkan rawatan secepat mungkin. Anda boleh mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:

  • Makan ubat penahan sakit.
  • Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam.
  • Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
  • Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas.

Rawatan oleh doktor pergigian

Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:

  • Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam).
  • Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).
  • (a) Jika gigi bongsu tidak terimpak :
    - gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi).


(b) Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang :

- gigi perlu dicabut melalui pembedahan.
X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.

." Semua yang diatas telah berlaku pada diri saya... maknanya memang sah gigi bongcu ku nak tumbuh..huuu sakitnye tak terkata.. selagi terdaya aku akan menahan kesakitan ini. If tak baik jugak kena la jumpe doktor gigi pulak.

Pada sesiapa yang kena simptom2 sakit cam yang ditulis kat atas tue baik p jumpe doktor gigi cepat2 k. jangan dibiar lame2. nanti makin teruk pulak..

Gigi bongcuku tumbuh di bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak..Dugaan sungguh!! uwaaaaaaaaaaa~ "

Credit to : Kementerian Kesihatan Malaysia

Utamakan Kesihatan

Sihat Sepanjang Hayat ^_^

Monday, August 8, 2011

Alhamdulilah ^_^

Kerajaan mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya ini.

Golongan pesara juga akan dibayar RM500.

Pembayaran akan dibuat pada pertengahan bulan Ogos iaitu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri menambah, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan.

” Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.


yayyy!! bolehla shopping..hehehe Ya Allah, murahkanla rezeki kami..Amin Ya Rabbal Alamin~

PenderitaanKu

Bad day..huhu beberapi ari nie aku rase tidak selesa dengan keadaan kesihatanku.. tetibe je sakit sgt kat tekak, n tempias d pipi belah kiriku..muke jadi bengkak sebelah (tapi tak ketara..still cumell..huu) sungguh tersiksa..pagi tadi p klinik Kesihatan Putrajaya sebab tak tertanggung kesakitan itu.. :(


Bile turn aku jumpe doktor, doktor pon check2.. tengok tekak, kena ngaga mulut. tapi cikit jela nganga sebab sakit xleh nak bukak beso2.. huu d tekan bawah pipi aku kiri kanan pastu dia cakap gusi belakangku bengkak. dan wat mase nie doktor suruh makan ubat if tak baik baru p klinik lagi..huu ku harap dapat MC tapi x dapat..ingat kalo dapat mc bole rest kat umah..huhu x dapat jadi kena balik opis sambong wat keje.


tapi bile wat keje x bole nak fokus sebab makin lama sakit nie makin kuat..berdenyut2..sangat tersiksa.. memang sangat sakit n x bole nak digambarkan dengan kata-kata..huu


hopeflly bile da makan ubat pas buke t makin sembuhla sakitku ini.. da bape ari xde kenikmatan makan.... x bole nak kunyah, kena makan sup2 jer... owh...tersiksanya...


Semoga cepat sembuh ye cik Ina dan boleh makan seperti biasa dengan penuh kenikmatan :(

Saturday, August 6, 2011

Simply Siti Tidak HALAL???????????????

biaq benarr..tak HALAL???? sume yang gune SS pasti risau bile isu ini sedang sibuk diperkatakan..berus SS yang digunakan dibuat dari bulu ba alif ba ya..came tuh?? nasib bik saya bukan pengguna SS.pasni jangan gune produk SS lagi yerr.saje boikot.boleh tak gitu?..hehe

Usah risau gundah gelana sebab Siti sepantas yang mungkin telah menafikan isu berkenaan ditwitternye dan mengatakan sume produk SS adalah halal dan telah mendapat kelulusan JAKIM..
Siti di Twitter :

" Semua produk SS & berus yang digunakan dalam produk adalah mendapat kelulusan HALAL daripada JAKIM dan pemeriksaan adalah dibuat sebelum setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha untuk memastikan setiap produk mendapat kelulusan JAKIM"

Jadi, bagi pengguna SS, jangan risau sebab status produk ini HALAL. Boleh guna dengan selamatnya. tapi kalau kite perasan berus kat luar tue camno? halal ker? susah nak jawab. kalau rase was-was dinasihatkan tak payahla guna. kalo yakin baru bole guna..okayyy!!

Mesti de orang dengki ngan Siti kan? teeeeeeeeeeeeetttt..walllahualam..

Friday, August 5, 2011

Motivasi Pagi Jumaat

No Muka Buku di Opisku!!!!!

setiap yang berlaku ada hikmahnyee..

Sila buat kerja waahai cik Ina..

Sekian, terima Kasih!!!

Cayookk!!!!!!!!